Followers

Thursday, June 23, 2011

si kasut merah =)

salam


AAAA!!!! saya minat si budak yg memakai kasut merah tuuuu. 
kalau la dia tahu saya suka dia. alangkah bagus nya.hehe
dan alagkah bagusnya kalau dia setuju untuk jadi kawan saya pun jadila.
saya tau say xberapa nak cantik.
mungkin juga im not his types. 
i dont care!
i admiring him!

nite!
need to study and get 4FLAT!!
=)

u make me feel so fabulous!
eventhough u dont even know that i like u!
<3 =D

Sunday, June 19, 2011

KHAS UNTUK AYAH

SALAM

as yall know today is father's day, so i would like to do one special entry for my beloved ayah.
there will be some rojak here because im in the mood of muet la pulak tetibe kan..hehe

actually, aku terlambat nak wish ayah aku hari ni. lambat x lambat juga la. pukul 4 petang tadi baru aku wish ayah aku. bukan la lupa tapi agak lupa la padahal malam sebelum tu aku dah bekobar2 nak wish ayah. heeee, sory ayah, akak xsengaja.=D

tadi pun nasib baik naim yang call kalau tidak memang la aku lagi lambat nak wish ayah.
balik je dari library tadi terus naim call suruh aku wish ayah through fon lagi. aish, dia baru je 11 tahun so aku lagi tua la dari dia nak kenal ayah aku tu ok. 

ayah bukanla seorang yang romantik atau tersangatla berlembut. ego dia sgt la tinggi. jadi dia akan tunjuk cara  sayang dia tu tanpa kita orang sangka. contoh, dia akan belikan kau makanan favourite kau ke or pergi bawa kau makan kat any fav restaurant kau orang ke.. dia memang macam tu. and cara kami sekeluarga memang agak kasar kalau bergurau. biasalah lain orang lain caranya kan?

so tadi ayah ckap " oww, kau lupa nak wish ayah ek? naim dah wish ayah dah tadi siap tulis surat lagi"
tu lah adik aku. kalau apa2 lebih suka melalui surat. mungkin dia malu kot nak ckp.
so aku pun jawab la kat ayah aku tu" eleh, poyo je anak ayah tu. akak nak wish la ni" then, u know what? ayah aku terus bagi fon kat adik aku. (-.-!)
 aku punya la baru nak wish dia, dia dah pas kan fon kat adik aku?? ceh!!!

so bila fon dah dapat kat naim, amik kau aku kena bebel lagi dgn dak kecik sorang tu walaupun badan dia xberapa nak kecik la kan. kihkihkih..
naim siap nganjing aku lagi. dia cakap apa tau
"kau takut kau nangis ekkk, yela kau kalau nangis bukan setakat melaka je banjir, sampai sungai kelang banjir sekali". cehh!!! memang xde insuran mulut dak gemuk ni tau!

tapi memang pun aku ni kaki rebeh doh sebab jarang tunjuk kan rasa sayang tu so bila kita tunjukan sayang kita tu, rasa sgt seronok tau! xtau camne nak gambarkan. tu pasal aku nangis sebab aku sgt seronok dan bersyukur sebab sempat nak tunjukan rasa sayang tu. lagi pun family aku ni mmg jarang2 nak tunjukan rasa sayang kita orang tu dgn mudah sekali even dgn mak ayah pun. mungkin sebab dah di didik oleh ayah yang garang dan xberapa nk tunjukkan rasa sayang dia. kalau nak tunjuk pun mungkin dgn cara selindung sikit. aku salah seorang yang mempunyai sifat itu dulu. tapi lepas masuk matrik ni 2 tahun, so aku ada la berubah sikit sebab pada aku kita kena tunjukan rasa sayang kita tu pada orang yang kita sayang selagi dia masih hidup. contohnya family kita.

JADI! lepas je aku letak tepon tadi, aku pun dengan feeling emo terlebih sambil menahan2 air mata dan air hingus untuk terus deras keluar, mula menyusun ayat nak bagi kat ayah aku. heeee

macam ni ayat2 yang telah ku susun itu berbunyi.

ayah, happy fatehr's day!!terima kasih sebab jaga akak dari kecik sampai la besar, bagi makan minum,belanja sekolah sampai kolej sekarang ni, belanja harian lagi. jasa ayah memang xdapat akak lupa sampai bila2. akak sayang ayah. akak masih cuba untuk buat yang terbaik utk dapatkan result yang best kat kolej untuk buktikan kat ayah yang akak boleh buat.
akak minta maafkalau selama niperangai akak teruk n nakal. i love you ayah =D. ngeeee


so itulah ayat2 aku untuk ayah aku. alih2, ayah aku reply " kau nangis kan??" 
??????
sanggup ayah menduga aku macam tu?
yess memang akak nangis sebab akak jenis xtau nak kawal perasaan akak macam mana lagi.
even aku dah duduk sini dekat 2 tahun, setiap kali family aku datang n nak balik semula, aku akan rebeh ok.
aku mmg xpeduli orang nak kata apa. yang pasti aku xtau nak kawal mcm mana ok. heheh

so sampai di sini aja entry kali ni. sebab nak buat tutor and jotter lagi. haisshh. disebabkan teringin nak abadikan entry ni tu yang aku sanggup blogging ni. heeee
aku bukan la blogger yang tegar mcm orang lain tu. follower pun ciput je lagi. nuffnang pun xkenal aku lagi kot.hahah. lawak jek.

ok2, semoga kita berjumpa di lain masa. pasni nak cita kat kau orang pasal kisah aku g overnight dgn member2. dah la demam lak lagi tu. tapi xtau la pula bila kau nak mula tu. sebab masuk 2 minggu yang akan datang agak pack ye masa.

ok la you oolllssss. i nak chow dulu ye. nite2. muah!


fabulous<3!!!







Thursday, June 2, 2011

masih ada peluang ke??

salam

hye kau orang.

aku xtau nak explain tapi aku nak buat pengakuan kat sini. 
aku mmg seorang yg lemah.
penuh dosa.
not perfect. 
penuh dgn ketakutan.
xberani utk membuat keputusan.
aku sedar aku buka tutup tudung.
sgt berdosa.
tapi aku mohon pada mu yaAllah, kau tolongla hamba mu ini utk menjadi kuat.
kadang kala kuat.
tetapi mostly kecundang.='(
aku masih mengumpul semangat.
 orang akan sentiasa judge aku.
org akan sentiasa berkata kenapa xnak buat sedangkan tahu benda tu wajib?
mereka sering berkata tiada alasan atau utk kompromi tentang ini.
tapi aku masih xkuat utk memulakan langkah itu.
aku mengaku, aku masih mencari dan mengenal diri ini sebagai seorang remaja.
masih mencari identiti diri.
orang akan melihat kesempurnaan pd diri ini.
sedangkan diri ini sedar tiada kesempurnaan pd diri ini.
kesempurnaan yg terlihat hanyala milik Allah dan dipinjamkan.
Allah hanya memancarkan shj kesempurnaan itu demi menutup kelemahanku tanpa disedari.


Ya Allah, aku mohon kehidupan yg diberkati oleh mu.
kekuatanMU.
semangat pahlawan MU.
semoga nyawaku xditarik mu YA Allah sebelum diri ini dapat menunjukkan perubahan yg di nntikan.
ada sekelumit di hati ini utk berubah ya Tuhan.
diri yg berdosa ini menjerit memberitahu semoga kau mendengar..
aku ikhlas mengaku kelemahan diri ini buka menagih simpati umat yg lain.
tetapi menagih simpati mu.
aku sgt kerdil!!!
kuatkan aku & sempatkan diri utk bertemu hari/detik itu ya Tuhan,
amin...~~


fabulous<3hanks to Allah=)